
Sebagai permulaan,aku ingin mengucapkan selamat tahun baru 2010 kepada semua. moga dengan tahu baru ini kita akan dapat berkat daripadanya, InsyaAllah... Aku ingin mulakan tahun baru ini dengan entri yang berkait dengan kehidupan aku dan kawan2 yang lain...yang sedang teguh menempuhi zaman remaja bersama-sama...memenuhi impian dan cita2 agar dapat bergelar seorang yang berjaya suatu hari nanti. Bismillahirrahmanirrahim..mari...
Oh Remaja!
Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah DOSA dan ZINA. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah rumah tangga itu tak kan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman didunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri 'sana'.
Ku hembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga. Bagi para GADIS YANG BELUM BERPUNYA, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.
Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dahulu buat anda terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. DIA menguji anda sedikit masa lagi.
Begitu juga buat PEMUDA YANG BELUM BERPUNYA, 'first thing first'. Utamakan yang lebih penting daripada yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan terus berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha itu anda memang dah betul-betul mampu dan sedia.
Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkannya sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha!
Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan SMS siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?
Berusaha menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.
Seringkali, seseorang mencuri kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar ditembuh. Namun, apabila dia memilikinya mendapati insan yang dikejar itu dedaun kering cuma.
Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tidak disalur dengan suluhan petunjuk Al-Quran dan Sunnah.
Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkai nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahua'lam.
sumber: http://ustaznazmi.blogspot.com/
p/s: a nice article from ukht fatimah syarha.. Subhanallah..
No comments:
Post a Comment